40 Hadith Kelebihan Berselawat - Dr. Abdullaah Jalil | Galeri Ilmu
Himpunan dalil sahih & athar kelebihan berselawat ke atas Nabi SAW susunan Dr. Abdullaah Jalil. Panduan menyuburkan cinta Rasulullah SAW.
📦 Kitab: RM20
📱 E-kitab: RM15
Kitab rujukan kelas & program kami. Beli naskhah fizikal (dipos ke rumah) atau baca e-kitab terus dalam portal.
Himpunan dalil sahih & athar kelebihan berselawat ke atas Nabi SAW susunan Dr. Abdullaah Jalil. Panduan menyuburkan cinta Rasulullah SAW.
📦 Kitab: RM20
📱 E-kitab: RM15
Buku 40 Hadis Sahih tentang Akidah merupakan salah satu usaha kecil untuk mengetengahkan kaedah memahami ilmu Tauhid berdasarkan ilmu Hadis. Syarahan dan penjelasan terhadap hadis-hadis tersebut adalah berdasarkan kepada dua buah kitab syarah Sahih al-Bukhari, iaitu kitab Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari karya Imam Ahmad bin Ali Ibn Hajar al-Asqalani dan kitab Irsyad al-Sari Syarh Sahih al-Bukhari karya Imam Ahmad bin Muhammad al-Qastalani.
📦 Kitab: RM35
Buku 40 Hadith Tentang Kebahagiaan Insan merupakan sebuah himpunan hadith Nabawi yang disusun khusus bagi membimbing insan memahami hakikat kebahagiaan yang sebenar. Berteraskan manhaj para ulama’ dalam penyusunan karya al-Arba‘īn, buku ini mengangkat tema kebahagiaan sebagai persoalan asas kehidupan manusia. Melalui 40 hadith pilihan, penulis menghuraikan isu-isu utama berkaitan fitrah insan, keimanan, kehambaan, ujian hidup, musibah, kesabaran, redha, tawakal serta hubungan manusia dengan Allah ﷻ. Setiap hadith disertakan dengan penjelasan ringkas yang menghubungkan makna hadith dengan realiti kehidupan. Ditulis dengan bahasa yang lembut, bersifat tazkiyah dan reflektif, karya ini sesuai dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat yang sedang mencari ketenangan jiwa dan panduan hidup melalui percontohan Nabi Muhammad ﷺ.
📦 Kitab: RM25
Himpunan zikir dan amalan harian bersertakan ijazah sanad daripada Ustaz Muhadir Haji Joll. Edisi kemas kini lengkap petua pelunas hutang & zikir harian.
📦 Kitab: RM10
Syarah ringkas & praktikal 42 Hadis 40 Imam An-Nawawi karangan Dr. Shamsul Mohd Nor. Panduan asas Islam, aqidah & akhlak untuk amalan harian.
📦 Kitab: RM25
Buku Bagaimana Akhlak Nabi SAW Dengan Isteri karya Ustaz Muhadir Haji Joll menghimpunkan 94 hadis tentang akhlak Rasulullah SAW terhadap isteri. Pelajari panduan rumah tangga Islam, kasih sayang dan adab suami isteri.
📦 Kitab: RM20
Waktu Subuh ialah tempoh yang singkat antara terbit fajar hingga terbit matahari, namun sarat dengan keberkahan, keberkatan, dan keistimewaan dari sudut agama mahupun sains. Naskhah Kegembiraan Pada Waktu Subuh susunan Ustaz Muhadir Haji Joll ini menghimpunkan hadis-hadis penting mengenai kelebihan dan ganjaran beribadah pada waktu Subuh. Antara amalan & fadhilat yang dikongsikan: Solat Sunat Subuh: Pahala melebihi dunia dan sekelilingnya. Perlindungan Diri: Keberkatan membaca Ayatul Kursi dari pagi ke petang. Syafaat Kiamat: Kelebihan berselawat 10 kali. Pahala Haji & Umrah: Ganjaran 2 rakaat solat sunat Isyraq. Penawar & Benteng: Keberkatan makan 7 biji kurma Ajwah.
📦 Kitab: RM10
Buku ini merupakan wadah pengarangnya, Dato' Roslan berbicara mengenai gaya penulisan buku yang pernah mentornya, Allahyarham Dr. Muhd Kamil Ibrahim (MKI) ajarkan. Buku ini sarat dengan panduan dan tip penulisan, malah mencakupi juga aspek promosi dan pemasaran, berdasarkan pengalaman penulis sendiri hasil bimbingan sahabat, guru dan mentor beliau, Dr MKI. Bimbingan dan nasihat daripada MKI telah dipraktikkan dalam menghasilkan buku-buku yang mampu menyentuh rohani dan pemikiran pembaca. Buku ini bukan sekadar teori tapi hasil pengalaman.
📦 Kitab: RM45
Buku ini bukan sekadar buku motivasi. Ia adalah perjalanan mencari makna. Ia ditulis untuk sesiapa saja yang pernah kecewa, pernah salah faham dengan takdir, pernah rasa diri tidak berguna, atau pernah menangis diam-diam waktu orang lain nampak kita tersenyum.
📦 Kitab: RM35
Fahami perjalanan rohani, penyucian jiwa, dan penyaksian hakikat ketuhanan melalui buku Hakikat Tasawuf Amali syarah Qathrul Ghaitsiyyah oleh Dr. Shamsul Mohd Nor.,
📦 Kitab: RM35
Saat diri ditimpa sakit, jangan hanya melihat pada jasad yang kesakitan, atau memikirkan kerugian dan kehilangan. Renungkan juga apa yang Tuhan berikan dalam diam; penghapusan dosa, peningkatan darjat, keredhaan Tuhan dan kebaikan-kebaikan. Bukan itu sahaja, buku kecil ini juga merungkaikan banyak lagi fadhilat yang Allah berikan kepada hamba-Nya yang diuji dengan sakit, menceritakan kisah kesabaran Nabi Ayyub alaihissalam yang diuji dengan pelbagai ujian, juga kisah Sayyidina Abu Qilabah radhiyallahu anhu yang bersabar dan memandang positif pada setiap takdir yang ditetapkan. Buku ini juga mengajarkan beberapa usaha dan ikhtiar yang boleh dilakukan oleh orang yang sakit, serta doa-doa dan bacaan sewaktu menziarahi orang yang sakit dan menitipkan nasihat untuk orang yang sakit.
📦 Kitab: RM15
Himpunan 40 selawat nabi pilihan susunan Ustaz Iqbal Zain Al-Jauhari. Lengkap dengan fadhilat, makna, dan cara amalan untuk meraih keberkatan.
📦 Kitab: RM16
Buku ini terbahagi kepada dua bahagian: > Bahagian PERTAMA membawakan lebih 40 hadis yang menyebut tentang tanda-tanda kecilkiamat yang sudah banyak kelihatan dan berlaku pada akhir zaman ini. Pembukuan 40 hadis akhir zaman ini bukanlah untuk menakutkan bahkania bertujuan untuk menambahkan keyakinan dan sebagai panduan juga harapan agar kita berada di jalan yang benar. Antara isu yang dibincangkan ialah: Golongan anti hadis, Bahaya kemewahan, Budaya rasuah berleluasa, Peperangan demi peperangan dan Bermegah-megahdengan bangunan masjid. > Manakala Bahagian KEDUA pula memaparkan kronologi kejadian hari kiamat daripada sebelum kemunculan Dajjal sehingga ia muncul dan dibunuh. Juga huraian peristiwa-peritiwa lain yang akan berlaku setelah kematiannya sehingga berlakunya hari kiamat.
📦 Kitab: RM20
Buku ini meringkaskan isi kandungan kitab jawi berjudul Penawar Bagi Hati yang membincangkan berkenaan Ilmu Tasawuf untuk peringkat permulaan. Ia dimulakan dengan pengenalan Ilmu Tasawuf secara ringkas diikuti dengan kaedah menjaga 7 anggota zahir iaitu mata, telinga, lidah, perut, kemaluan, tangan dan kaki.
📦 Kitab: RM15
Buku ini hadir menjelaskan secara ringkas dan padat asas-asas dan rukun-rukun agama yang mesti difahami setiap Muslim dan Muslimah merangkumi ilmu: • Tauhid; Sifat-sifat Wajib, Mustahil dan Harus bagi Allah, Sifat-sifat Wajib, Mustahil dan Harus bagi para Rasul. • Feqah; Bersuci, Solat, Puasa, Zakat dan Haji. • Tasawuf; Menjaga anggota zahir daripada melakukan maksiat, Membersihkan hati daripada sifat-sifat tercela dan Menghiasi hati dengan sifat-sifat terpuji.
📦 Kitab: RM20
Pati ‘Ilmu Taṣawwuf merupakan risalah ringkas dan padat yang menghimpunkan inti ajaran taṣawwuf sebagaimana dihuraikan oleh al-Syeikh Muḥammad Idris bin ‘Abd al-Ra’ūf al-Marbawī al-Azharī — tokoh ulama Melayu yang tersohor. Karya ini membimbing pembaca memahami makna hakiki ilmu Taṣawwuf: Membersihkan hati hanya untuk Allah, menyaksikan keagungan-Nya, dan menghapuskan segala keterikatan kepada selain-Nya. Melalui penjelasan yang tersusun, pembaca diajak mengenal: • Hakikat ilmu Taṣawwuf dan kesannya pada jiwa kehambaan, • Pokok pangkal taṣawwuf; rasa takut dan cinta kepada Allah, • Peringkat-peringkat taqwa, istiqāmah dan niat kehambaan, • Adab hati dan hubungan sesama makhluk, • Serta tiga asas penyempurna taṣawwuf: Tawakkal, ma‘rifah diri, dan mengingati kematian.
📦 Kitab: RM15
Buku ini membincangkan asas-asas akidah iaitu: sifat-sifat Allah, sifat-sifat para nabi dan Rasul, para Malaikat, Kitab-kitab Allah, Hari Kiamat serta Qadha’ dan Qadar. Penulis menggunakan huraian yang jelas berdasarkan dalil daripada sumber yang muktabar supaya pembaca dapat benar-benar faham dan beriman dengan keimanan yang sebenar.
📦 Kitab: RM20
Buku ini menerangkan secara ringkas dan teratur kronologi perjalanan Isra’ dan Mi‘raj yang dialami Nabi Muhammad SAW. Peristiwa-peristiwa yang dialami Nabi Muhammad SAW dan juga yang dilihat oleh Baginda mempunyai pengajaran penting yang mesti dihadam dan diambil berat sebagai panduan dalam kehidupan.
📦 Kitab: RM15
SINOPSIS Sedia untuk Haid menampilkan pendekatan yang santai dengan penerangan yang ringkas, mudah dan jelas. Ia dilengkapi dengan panduan penjagaan diri secara berperingkat agar mudah difahami dan dipraktikkan oleh anak perempuan seawal usia tujuh tahun sehingga 15 tahun. Semua ini bagi memastikan adik-adik dapat mempersiapkan diri sebelum haid pertama dengan ilmu yang mantap dan tatacara ibadah yang tepat selaras keperluan diri dan tuntutan syariat. Selain itu, adik-adik turut dibekalkan dengan Pesan Ibu dan Doa Pilihan sebagai panduan meniti alam remaja. Semoga adik-adik dapat melangkah ke alam dewasa sebagai Muslimah yang pandai menjaga kebersihan diri dan kesucian hati dalam urusan ibadah dan agama.
📦 Kitab: RM20
Naskhah kecil ini dihasilkan atas niat murni untuk membantu masyarakat Islam memahami peraturan, tatacara dan syarat-syarat penting yang membolehkan seseorang yang bermusafir melaksanakan solat secara jamak dan qasar. Disusun secara ringkas dan turut disertakan infografik untuk memudahkan para pembaca memahaminya. Semua huraian dan kenyataan hukum adalah berdasarkan mazhab Syafi’i.
📦 Kitab: RM15
Langganan
Akses semua kelas rakaman dari RM14.90 / minggu
Mingguan, bulanan atau tahunan · tiada potongan automatik
★ VIP All Access
Semua kelas + diskaun tiket & kitab — RM499 RM299
Akses 12 bulan
19
Nov
Daurah Perdana Kitab Mukhtasar Ringkasan Penawar Bagi Hati bersama Al-Fadhil Ustaz Muhadir Haji Joll, bertujuan mendalami ilmu penyucian hati dan membentuk peribadi Muslim yang lebih baik bersempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Masjid Al-Bukhary.
19 Nov – 21 Nov 2026 · 8:30 pagi
Dewan Solat Utama, Masjid Al-Bukhary, Kariah Alor Malai, 05460 Alor Setar, Kedah
21
Nov
Daripada Idea Menjadi Naskhah: Bengkel intensif selama dua hari yang membimbing peserta mengembangkan idea menjadi manuskrip buku yang menarik, tersusun dan berpotensi diterbitkan.
21 Nov – 22 Nov 2026 · 8:30 pagi
Dewan Seminar Galeri Ilmu
Ustaz Muhadir Hj Joll
67 pelajar
2 video 58
Lihat Kelas →
Ustaz Muhadir Hj Joll
64 pelajar
4 video
Lihat Kelas →Sertai pelajar lain yang menimba ilmu bersama guru-guru diperakui, bila-bila masa dan di mana sahaja.