Laman Nur Al-Fahmi
← Semua kelas
Tasawuf Terkini

Hakikat Tasawuf Amali

Pengajian ini berdasarkan Kitab Qathrul Ghaitsiyyah karya Tuan Hussain Kedah al-Banjari (wafat 1936) merupakan antara karya penting dalam disiplin tasawuf amali di Alam Melayu.

Dr. Shamsul Mohd Nor Dr. Shamsul Mohd Nor 7 video · 9j 58m Pertengahan
Hakikat Tasawuf Amali

Tentang kelas ini

Pengajian ini berdasarkan Kitab Qathrul Ghaitsiyyah karya Tuan Hussain Kedah al-Banjari (wafat 1936) merupakan antara karya penting dalam disiplin tasawuf amali di Alam Melayu.

Kitab ini menghimpunkan intipati perjalanan rohani seorang salik dalam menyucikan jiwa dan mencapai Musyahadah — penyaksian hakikat ketuhanan — berpaksikan Al-Qur’an dan As-Sunnah. Ia menggabungkan pendekatan Tasawuf Sunni yang berpandukan syariat dengan Tasawuf Falsafi yang mendalam dari segi makrifah.

Melalui syarahan dan komentar yang dikemas dalam pengajian Hakikat Tasawuf Amali ini, pembaca dibimbing memahami konsep-konsep penting seperti Maqamat (tingkatan rohani), Ahwal (keadaan hati), Mukasyafah dan Musyahadah, dengan penjelasan berdasarkan karya besar para ulama seperti Imam Al-Ghazali (Minhajul ‘Abidin), Ibn ‘Atha’illah (Al-Hikam) dan Imam Al-Qusyairi (Risalah al-Qusyairiyyah).

Setiap bab menegaskan bahawa ibadah dan zikir bukan jalan untuk mencari kasyaf atau karamah, tetapi semata-mata sebagai usaha mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Kitab ini menjadi jambatan antara ilmu dan amal, antara syariat dan hakikat — membawa hati menuju ma‘rifatullah dengan penuh adab dan disiplin rohani.

Kandungan kelas

2 bahagian · 7 video · 9:58:06

Siri Pengajian 6 video
  • Siri 1 1:11:06
  • Siri 2 1:27:00
  • Siri 3 1:58:00
  • Siri 4 1:39:00
  • Siri 5 1:37:00
  • Siri 6 1:00:00
Jawab Persoalan 1 video
  • Q&A 1:06:00

Pengajar

Dr. Shamsul Mohd Nor
Dr. Shamsul Mohd Nor

Pendakwah, Penulis

Ustaz Dr. Shamsul bin Mohd Nor merupakan seorang tokoh pendakwah, pakar rujuk Usuluddin, penulis buku keagamaan, dan perunding latihan bina insan yang berpengaruh di Malaysia. Memulai pengembaraan ilmu di menara gading antarabangsa, beliau merupakan lepasan Madrasah Islamiyah Ismail Aga di Fatih, Istanbul, Turki, sebelum memperoleh Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah dari Jami'ah Al-Aqidah, Jakarta, Indonesia. Kecintaan beliau yang mendalam terhadap ilmu agama diteruskan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sehingga berjaya menggenggam Ijazah Sarjana (MA) al-Quran dan as-Sunnah serta Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Usuluddin dan Falsafah dengan pengkhususan dalam Tafsir al-Qur'an. Sebagai seorang asatizah yang versatil, Dr. Shamsul Mohd Nor mengasaskan Sistem Genius Membaca Al-Quran dalam Masa 3 Hari menggunakan Kaedah al-Badar, sebuah inovasi yang membantu ribuan umat Islam menguasai bacaan kitab suci dengan pantas dan efektif. Melalui Akademi Al-Badar, beliau menerajui pusat sehenti pengajian Islam, tadabbur, dan khidmat nasihat syariah komuniti. Di samping memegang amanah sebagai Mudir Maahad Tahfiz al-Muhammadiyah Batang Kali dan Pengerusi Yayasan Itmam, beliau turut aktif di kaca televisyen sejak tahun 2023 sebagai pembangun kandungan dan penyampai utama bagi rancangan Tadabbur Al Quran 114 di TV AlHijrah. Beliau juga merupakan penulis prolifik di bawah bumbung Galeri Ilmu Media Group, menghasilkan karya-karya bermutu tinggi seperti Tasawuf: Suatu Pengenalan Asas, Kitab Fiqh Ringkas, Kitab Tauhid, dan Rahsia Nama-Nama 114 Surah Al-Quran.

Lihat profil & semua kelas →

Ulasan pelajar

Log masuk untuk menulis ulasan (untuk pelajar kelas ini).

Belum ada ulasan untuk kelas ini.

Bersedia untuk mula belajar?

Sertai pelajar lain yang menimba ilmu bersama guru-guru diperakui, bila-bila masa dan di mana sahaja.