Laman Nur Al-Fahmi
Program lepas Bersemuka Online

Daurah Ringkasan Ilmu Tauhid

Fahami Aqidah Islam ringkas, jelas dan tampa keliru

Tarikh
Sabtu, 3 Okt 2026 · 8:30 pagi – 4:30 petang
Lokasi
Dewan Seminar Galeri Ilmu atau YouTube Live
Ustaz Muhadir Hj Joll

Bersama Ustaz Muhadir Hj Joll

Daurah Ringkasan Ilmu Tauhid
Program ini telah berlangsung.
Manfaat

Apa yang anda akan peroleh

  • ✓

    Mendalami ilmu tauhid sebagai asas keimanan dan memahami kepentingannya dalam kehidupan seorang Muslim.

  • ✓

    Memperoleh pendedahan kepada perbahasan ilmu tauhid secara ringkas dan teratur bagi membantu proses pembelajaran dan ulang kaji.

  • ✓

    Memperluas pengetahuan berkaitan asas kepercayaan dalam Islam serta membina keyakinan melalui pengajian ilmu akidah.

  • ✓

    Peserta boleh memilih untuk menghadiri daurah secara bersemuka atau mengikuti pengajian secara dalam talian mengikut kesesuaian masing-masing.

  • ✓

    Peserta boleh memilih pakej yang disertakan kitab untuk membantu pembelajaran, membuat catatan dan mengulang kaji ilmu yang dipelajari.

  • ✓

    Mengisi masa dengan majlis ilmu yang bermanfaat sebagai usaha berterusan untuk menambah pengetahuan agama dan memperkukuh kefahaman Islam.

Tentang program ini

Ilmu tauhid merupakan asas utama dalam memahami akidah Islam dan mengenal Allah SWT dengan kefahaman yang benar. Setiap Muslim perlu mempelajari ilmu tauhid agar dapat membina keyakinan yang teguh, memahami perkara berkaitan keimanan serta menjalani kehidupan berlandaskan akidah yang sahih.

Melalui Daurah Ringkasan Ilmu Tauhid, para peserta berpeluang mendalami asas ilmu tauhid secara lebih tersusun, mudah difahami dan berfokus. Program pengajian ini sesuai untuk mereka yang ingin memantapkan kefahaman akidah, mengulang kaji ilmu asas agama serta menambah pengetahuan melalui pengajian ilmu Islam yang bermanfaat.

Sama ada mengikuti secara bersemuka atau dalam talian, daurah ini membuka ruang kepada para peserta untuk meluangkan masa mendalami ilmu akidah bersama Galeri Ilmu. 11 Jadikan peluang ini sebagai langkah untuk memperkukuh asas keimanan, menambah ilmu agama dan membina kefahaman tauhid yang lebih mantap dalam kehidupan seharian.

Penceramah

Belajar bersama

Ustaz Muhadir Hj Joll

Ustaz Muhadir Hj Joll

Pendakwah, Pakar Rujuk, Penulis

Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll (turut dikenali sebagai Ustaz Muhadir Haji Joll as-Sanariy) merupakan seorang tokoh pendakwah, pakar rujuk fiqh, ahli akademik, dan penulis prolifik yang amat disegani di Malaysia. Dilahirkan pada 21 Julai 1976 di Kampung Senari, Kuching, Sarawak, beliau membesar dalam acuan ilmu agama yang kukuh sebagai cucu kepada ulama tradisional tersohor, Tuan Guru Haji Adenan bin Golong. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Malaya. Kepakaran akademik dan sumbangan besarnya dalam dunia dakwah telah melayakkan beliau menerima anugerah berprestij sebagai Alumni Cemerlang UIAM.Dalam landskap dakwah kontemporari, Ustaz Muhadir sangat dikenali sebagai benteng mempertahankan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah (Ash'airah dan Maturidiyyah) serta Mazhab Syafi'i di Nusantara. Beliau aktif mendidik masyarakat melalui siri kuliah dan daurah kitab, di samping mengasaskan Majlis Taalim An-Nur. Sebagai seorang ilmuwan yang versatil, beliau sering menghiasi corong radio dan kaca televisyen melalui program-program di IKIM.fm, TV AlHijrah, TV3, dan TV9. Selain bergelar bekas pensyarah di Pusat Asasi UIAM, beliau kini menggalas amanah sebagai Penasihat Syariah bagi Galeri Ilmu Media Group. Beliau juga merupakan pengarang prolifik yang telah menghasilkan puluhan buku rujukan agama terlaris, termasuk karya-karya ikonik seperti Kekeliruan Umat: Penjelasan Isu-Isu Khilafiyyah, Solat Nabi Menurut Mazhab Syafie, dan Amalan Orang Soleh.

Agenda

Aturcara program

* Tentatif, tertakluk kepada perubahan

  1. 8:00 pagi

    Pendaftaran

  2. 9:00 pagi

    Slot 1

  3. 10:30 pagi

    Rehat

  4. 11:00 pagi

    Slot 2

  5. 12:30 tengah hari

    Makan Tengah Hari, Solat dan Rehat

  6. 2:00 petang

    Slot 3

  7. 3:15 petang

    Rehat

  8. 3:30 petang

    Slot 4

  9. 4:30 petang

    Penutup

Pilih cara hadir

Hadir bersemuka atau online

Bersemuka

Dewan Seminar Galeri Ilmu

44 Jalan Pekaka 8/3 Seksyen 8, Kota Damansara 47810, Petaling Jaya, Selangor

Arah ke lokasi (Google Maps & Waze) diberikan dalam e-tiket selepas pendaftaran.

Online secara langsung

YouTube Live

Tonton siaran langsung terus dalam portal ini selepas mendaftar — tiada aplikasi atau akaun lain diperlukan.

Tiket

Pilih tiket anda

Sudah mendaftar? Semak e-tiket anda — tanpa log masuk.

Bagaimana anda mahu menyertai program ini?

Tiket Special

Bersemuka
RM69

Perlu Hadir Ke Lokasi Program Bersemuka

Tidak termasuk kitab

🎬 Termasuk akses rakaman dalam portal

  • Termasuk: E-Sijil Penyertaan
  • Termasuk: Sarapan
  • Termasuk: Makan Tengahari
  • Termasuk: Rakaman Selepas Program
  • Tidak termasuk: Tiada Kitab
Jualan ditutup

Tiket Special

Online
RM69

Hadir secara online dari lokasi anda

Tidak termasuk kitab

🎬 Termasuk akses rakaman dalam portal

  • Termasuk: E-Sijil Penyertaan
  • Termasuk: Rakaman Selepas Program
  • Tidak termasuk: TIada Kitab
Jualan ditutup
PALING POPULAR

Tiket Premium

Bersemuka
RM80 RM89

Jimat RM9

📦 Termasuk kitab: Ringkasan Ilmu Tauhid Dipos ke alamat anda (caj pos ikut berat)

🎬 Termasuk akses rakaman dalam portal

  • Termasuk: E-Sijil Penyertaan
  • Termasuk: Sarapan
  • Termasuk: Makan Tengahari
  • Termasuk: Akses Rakaman
  • Termasuk: Kitab RIngkasan Ilmu Tauhid
Jualan ditutup
PALING POPULAR

Tiket Premium

Online
RM80 RM89

Jimat RM9

📦 Termasuk kitab: Ringkasan Ilmu Tauhid Dipos ke alamat anda (caj pos ikut berat)

🎬 Termasuk akses rakaman dalam portal

  • Termasuk: E-Sjil Penyertaan
  • Termasuk: Kitab Ringkasan Ilmu Tauhid
  • Termasuk: Rakaman Program
Jualan ditutup
Bayaran selamat (FPX / kad / e-wallet) E-tiket & kod QR serta-merta 🎬 Rakaman boleh ditonton semula dalam portal selepas program