Laman Nur Al-Fahmi
Program lepas Bersemuka Online

DAURAH HIKMAH & FADHILAT KETIKA SAKIT

Temani hati menghadapi musibah dan sakit dengan sabar, tenang serta menemukan hikmah di sebaliknya.

Tarikh
Sabtu, 7 Nov 2026 · 8:30 pagi – 12:30 tengah hari
Lokasi
Dewan Seminar Galeri Ilmu atau YouTube Live
Ustaz Muhadir Hj Joll

Bersama Ustaz Muhadir Hj Joll

DAURAH HIKMAH & FADHILAT KETIKA SAKIT
Program ini telah berlangsung. Dapatkan rakamannya →
Manfaat

Apa yang anda akan peroleh

  • ✓

    Mendalami hikmah di sebalik setiap musibah dan ujian.

  • ✓

    Mengenali fadhilat dan kelebihan ketika menghadapi sakit.

  • ✓

    Menghayati panduan Islam untuk menghadapi kesakitan dengan hati yang teguh.

  • ✓

    Memperkukuh ketenangan dan ketabahan hati ketika berdepan ujian.

  • ✓

    Mengamalkan panduan yang dipelajari untuk menghadapi ujian dengan lebih baik.

  • ✓

    Membina ketabahan hati dan kekuatan jiwa ketika diuji.

Tentang program ini

Apabila musibah, sakit atau ujian datang, kita tahu kita perlu sabar dan reda. Namun, apabila menghadapinya sendiri, hati tetap boleh terasa berat dan penuh persoalan.

Pakej Kombo Tabah Saat Ujian menghimpunkan dua buah buku yang membantu kita memahami cara menghadapi musibah dan kesakitan dengan lebih tenang, sabar serta melihat hikmah di sebaliknya, berdasarkan al-Quran, hadis dan pandangan ulama.

Pakej ini sesuai untuk mereka yang sedang diuji dengan musibah atau sakit, keluarga yang menjaga insan tersayang, atau sesiapa yang mahu mempersiapkan hati menghadapi ujian.

Kerana ujian tidak selalu datang dengan amaran, ilmu tentang cara menghadapi ujian lebih baik dipelajari sebelum hati benar-benar diuji.

Penceramah

Belajar bersama

Ustaz Muhadir Hj Joll

Ustaz Muhadir Hj Joll

Pendakwah, Pakar Rujuk, Penulis

Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll (turut dikenali sebagai Ustaz Muhadir Haji Joll as-Sanariy) merupakan seorang tokoh pendakwah, pakar rujuk fiqh, ahli akademik, dan penulis prolifik yang amat disegani di Malaysia. Dilahirkan pada 21 Julai 1976 di Kampung Senari, Kuching, Sarawak, beliau membesar dalam acuan ilmu agama yang kukuh sebagai cucu kepada ulama tradisional tersohor, Tuan Guru Haji Adenan bin Golong. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Malaya. Kepakaran akademik dan sumbangan besarnya dalam dunia dakwah telah melayakkan beliau menerima anugerah berprestij sebagai Alumni Cemerlang UIAM.Dalam landskap dakwah kontemporari, Ustaz Muhadir sangat dikenali sebagai benteng mempertahankan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah (Ash'airah dan Maturidiyyah) serta Mazhab Syafi'i di Nusantara. Beliau aktif mendidik masyarakat melalui siri kuliah dan daurah kitab, di samping mengasaskan Majlis Taalim An-Nur. Sebagai seorang ilmuwan yang versatil, beliau sering menghiasi corong radio dan kaca televisyen melalui program-program di IKIM.fm, TV AlHijrah, TV3, dan TV9. Selain bergelar bekas pensyarah di Pusat Asasi UIAM, beliau kini menggalas amanah sebagai Penasihat Syariah bagi Galeri Ilmu Media Group. Beliau juga merupakan pengarang prolifik yang telah menghasilkan puluhan buku rujukan agama terlaris, termasuk karya-karya ikonik seperti Kekeliruan Umat: Penjelasan Isu-Isu Khilafiyyah, Solat Nabi Menurut Mazhab Syafie, dan Amalan Orang Soleh.

Pilih cara hadir

Hadir bersemuka atau online

Bersemuka

Dewan Seminar Galeri Ilmu

44 Jalan Pekaka 8/3 Seksyen 8, Kota Damansara 47810, Petaling Jaya, Selangor

Arah ke lokasi (Google Maps & Waze) diberikan dalam e-tiket selepas pendaftaran.

Online secara langsung

YouTube Live

Tonton siaran langsung terus dalam portal ini selepas mendaftar — tiada aplikasi atau akaun lain diperlukan.

Tiket

Pilih tiket anda

Sudah mendaftar? Semak e-tiket anda — tanpa log masuk.

Bagaimana anda mahu menyertai program ini?

Tiket Special

Bersemuka
RM49

Perlu Hadir Ke Lokasi Program Bersemuka

Tidak termasuk kitab

🎬 Termasuk akses rakaman dalam portal

  • Termasuk: E-Sijil Penyertaan
  • Termasuk: Sarapan
  • Termasuk: Rakaman Selepas Program
Jualan ditutup

Tiket Special

Online
RM49

Hadir secara online dari lokasi anda

Tidak termasuk kitab

🎬 Termasuk akses rakaman dalam portal

  • Termasuk: E-Sijil Penyertaan
  • Termasuk: Rakaman Selepas Program
  • Tidak termasuk: TIada Kitab
  • Tidak termasuk: Sarapan
Jualan ditutup

Tiket Premium

Bersemuka
RM59 RM64

Jimat RM5

📦 Termasuk kitab: HIKMAH DAN FADHILAT KETIKA SAKIT Dipos ke alamat anda (caj pos ikut berat)

🎬 Termasuk akses rakaman dalam portal

  • Termasuk: E-Sijil Penyertaan
  • Termasuk: Sarapan
  • Termasuk: Akses Rakaman
  • Termasuk: Kitab Fizikal (Ambil Hari Daurah)
Jualan ditutup

Tiket Premium (Early Bird)

Online
RM59 RM64

Jimat RM5

Hadir secara online dari lokasi anda

📦 Termasuk kitab: HIKMAH DAN FADHILAT KETIKA SAKIT Dipos ke alamat anda (caj pos ikut berat)

🎬 Termasuk akses rakaman dalam portal

  • Termasuk: E-Sjil Penyertaan
  • Termasuk: Kitab Hikmah dan Fadhilat Sakit
  • Termasuk: Rakaman Program
  • Tidak termasuk: Soal Jawab Bersemuka
  • Tidak termasuk: Sarapan
Jualan ditutup
Bayaran selamat (FPX / kad / e-wallet) E-tiket & kod QR serta-merta 🎬 Rakaman boleh ditonton semula dalam portal selepas program