PATI TASAWUF | Ustaz Raja Ahmad Mukhlis
Pati ‘Ilmu Taṣawwuf merupakan risalah ringkas dan padat yang menghimpunkan inti ajaran taṣawwuf sebagaimana dihuraikan oleh al-Syeikh Muḥammad Idris bin ‘Abd al-Ra’ūf al-Marbawī al-Azharī — tokoh ulama Melayu yang tersohor. Karya ini membimbing pembaca memahami makna hakiki ilmu Taṣawwuf: Membersihkan hati hanya untuk Allah, menyaksikan keagungan-Nya, dan menghapuskan segala keterikatan kepada selain-Nya. Melalui penjelasan yang tersusun, pembaca diajak mengenal: • Hakikat ilmu Taṣawwuf dan kesannya pada jiwa kehambaan, • Pokok pangkal taṣawwuf; rasa takut dan cinta kepada Allah, • Peringkat-peringkat taqwa, istiqāmah dan niat kehambaan, • Adab hati dan hubungan sesama makhluk, • Serta tiga asas penyempurna taṣawwuf: Tawakkal, ma‘rifah diri, dan mengingati kematian.
YM Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaluddin