Laman Nur Al-Fahmi
← Semua kelas

Munajat & Ikhtiar dengan Al-Quran

Kita dituntut untuk sentiasa berusaha dalam setiap urusan kehidupan. Sebagai Muslim, usaha dan ikhtiar bukanlah semata-mata kerja keras dan buah fikiran yang hebat. Namun, setiap u...

Ustaz Muhadir Hj Joll Ustaz Muhadir Hj Joll 5 video 31 tontonan
Munajat & Ikhtiar dengan Al-Quran

Tentang kelas ini

Kita dituntut untuk sentiasa berusaha dalam setiap urusan kehidupan. Sebagai Muslim, usaha dan ikhtiar bukanlah semata-mata kerja keras dan buah fikiran yang hebat. Namun, setiap usaha itu disandarkan kepada Allah dan diiringi dengan doa dan munajat yang ikhlas kepada-Nya. Doa dan zikir yang tidak putus serta amalan soleh juga menjadi satu bentuk usaha dan ikhtiar setiap Muslim untuk mendapatkan hajat dan matlamat di dunia juga akhirat. Apalagi jika bacaan-bacaan itu daripada Al-Qur’an yang mulia, diajarkan oleh Baginda Rasulullah SAW dan diamalkan juga oleh orang soleh terdahulu.
Kelas ini mensyarahkan amalan-amalan dan bacaan-bacaan ayat dan surah Al-Qur’an daripada Rasulullah SAW, para Sahabat dan ulama terdahulu untuk urusan dunia dan akhirat seperti:
Membaca surah Al-Kafirun akan membebaskan daripada syirik.
Melazimi surah Asy-Syarh selepas solat fardhu memudahkan rezeki, melapangkan dada dan menghilangkan kesukaran dalam urusan.
Membaca surah Adh-Dhuha sebagai usaha mencari barang yang hilang dan ketika mengalami kerugian.
Membaca surah Al-Fatihah sebagai penyembuh sengatan binatang berbisa dan penyakit gila.
KELAS INI TIDAK TERMASUK KITAB

Kandungan kelas

1 bahagian · 5 video · 12:51:01

SIRI KELAS 5 video
  • Percuma 5 minit 1:49:33
  • SIRI 2 1:00:57
  • SIRI 3 1:36:20
  • SIRI 4 3:04:21
  • SIRI 5 & 6 (AKHIR) 5:19:50

Pengajar

Ustaz Muhadir Hj Joll
Ustaz Muhadir Hj Joll

Pendakwah, Pakar Rujuk, Penulis

Al-Fadhil Ustaz Muhadir bin Haji Joll (turut dikenali sebagai Ustaz Muhadir Haji Joll as-Sanariy) merupakan seorang tokoh pendakwah, pakar rujuk fiqh, ahli akademik, dan penulis prolifik yang amat disegani di Malaysia. Dilahirkan pada 21 Julai 1976 di Kampung Senari, Kuching, Sarawak, beliau membesar dalam acuan ilmu agama yang kukuh sebagai cucu kepada ulama tradisional tersohor, Tuan Guru Haji Adenan bin Golong. Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Malaya. Kepakaran akademik dan sumbangan besarnya dalam dunia dakwah telah melayakkan beliau menerima anugerah berprestij sebagai Alumni Cemerlang UIAM.Dalam landskap dakwah kontemporari, Ustaz Muhadir sangat dikenali sebagai benteng mempertahankan manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah (Ash'airah dan Maturidiyyah) serta Mazhab Syafi'i di Nusantara. Beliau aktif mendidik masyarakat melalui siri kuliah dan daurah kitab, di samping mengasaskan Majlis Taalim An-Nur. Sebagai seorang ilmuwan yang versatil, beliau sering menghiasi corong radio dan kaca televisyen melalui program-program di IKIM.fm, TV AlHijrah, TV3, dan TV9. Selain bergelar bekas pensyarah di Pusat Asasi UIAM, beliau kini menggalas amanah sebagai Penasihat Syariah bagi Galeri Ilmu Media Group. Beliau juga merupakan pengarang prolifik yang telah menghasilkan puluhan buku rujukan agama terlaris, termasuk karya-karya ikonik seperti Kekeliruan Umat: Penjelasan Isu-Isu Khilafiyyah, Solat Nabi Menurut Mazhab Syafie, dan Amalan Orang Soleh.

Lihat profil & semua kelas →

Ulasan pelajar

Log masuk untuk menulis ulasan (untuk pelajar kelas ini).

Belum ada ulasan untuk kelas ini.

Bersedia untuk mula belajar?

Sertai pelajar lain yang menimba ilmu bersama guru-guru diperakui, bila-bila masa dan di mana sahaja.