Bisyarat: Kegembiraan Pada Waktu Subuh
Waktu Subuh ialah tempoh yang singkat antara terbit fajar hingga terbit matahari, namun sarat dengan keberkahan, keberkatan, dan keistimewaan dari sudut agama mahupun sains. Naskhah Kegembiraan Pada Waktu Subuh susunan Ustaz Muhadir Haji Joll ini menghimpunkan hadis-hadis penting mengenai kelebihan dan ganjaran beribadah pada waktu Subuh. Antara amalan & fadhilat yang dikongsikan: Solat Sunat Subuh: Pahala melebihi dunia dan sekelilingnya. Perlindungan Diri: Keberkatan membaca Ayatul Kursi dari pagi ke petang. Syafaat Kiamat: Kelebihan berselawat 10 kali. Pahala Haji & Umrah: Ganjaran 2 rakaat solat sunat Isyraq. Penawar & Benteng: Keberkatan makan 7 biji kurma Ajwah.
Ustaz Muhadir Hj Joll