Laman Nur Al-Fahmi
← Semua kelas

40 HADIS SAHIH TENTANG AKIDAH

Pengajian 40 Hadis Sahih tentang Akidah merupakan salah satu usaha kecil untuk mengetengahkan kaedah memahami ilmu Tauhid berdasarkan ilmu Hadis. Syarahan dan penjelasan terhadap h...

S Dr Shamsul 7 video · 7j 50m
40 HADIS SAHIH TENTANG AKIDAH

Tentang kelas ini

Pengajian 40 Hadis Sahih tentang Akidah merupakan salah satu usaha kecil untuk mengetengahkan kaedah memahami ilmu Tauhid berdasarkan ilmu Hadis. Syarahan dan penjelasan terhadap hadis-hadis tersebut adalah berdasarkan kepada dua buah kitab syarah Sahih al-Bukhari, iaitu kitab Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari karya Imam Ahmad bin Ali Ibn Hajar al-Asqalani dan kitab Irsyad al-Sari Syarh Sahih al-Bukhari karya Imam Ahmad bin Muhammad al-Qastalani.
Dalam pengajian anda akan ikuti huraian hadis-hadis tentang akidah yang bersifat Mutasyabihat mengikut pandangan Imam Abu Hasan al-Asy‘ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi. Ia dikukuhkan lagi dengan pandangan-pandangan muktabar ulama Ahli Sunnah wal Jamaah dalam menghuraikan ayat-ayat Al-Qur’an dan hadis berkenaan dengan sifat-sifat Allah SWT tersebut.
Pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah dalam memahami nas-nas Mutasyabihat adalah untuk menyelamatkan akidah umat daripada penyelewengan serta menyamakan sifat-sifat Tuhan dengan makhluk.
Al-Subki berkata, “Ketahuilah bahawa Abu Hasan al-Asy‘ari tidaklah meletakkan asas akidah ini di atas dasar pandangannya, melainkan ia adalah penerusan dan kesinambungan daripada mazhab Salaf dan apa yang difahami daripada Baginda Rasulullah ﷺ.”
KELAS INI TIDAK TERMASUK KITAB

Kandungan kelas

1 bahagian · 7 video · 7:50:00

SIRI KELAS 7 video
  • Percuma 1:15:00
  • SIRI 2 1:15:00
  • SIRI 3 1:30:00
  • SIRI 4 20:00
  • SIRI 5 1:30:00
  • SIRI 6 55:00
  • SIRI 7 1:05:00

Pengajar

Ulasan pelajar

Log masuk untuk menulis ulasan (untuk pelajar kelas ini).

Belum ada ulasan untuk kelas ini.

Bersedia untuk mula belajar?

Sertai pelajar lain yang menimba ilmu bersama guru-guru diperakui, bila-bila masa dan di mana sahaja.