Laman Nur Al-Fahmi Daftar
Program akan datang Bersemuka

PROGRAM TRAINING OF TRAINERS (TOT): PENGHAYATAN SIFAT 20

Program Penghayatan Sifat 20 (TOT Akidah) untuk Asatizah & Masyarakat Umum di Pahang 2026

Tarikh
Selasa, 27 Okt 2026 · 9:00 pagi
Lokasi
Masjid Sultan Ahmad Shah, Bandar Jengka, Pahang
YM Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaluddin

Bersama YM Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaluddin

PROGRAM TRAINING OF TRAINERS (TOT): PENGHAYATAN SIFAT 20

Program bermula dalam

–

Hari

–

Jam

–

Minit

–

Saat

Tap untuk tonton

0:00 / 0:00
Manfaat

Apa yang anda akan peroleh

  • ✓

    Memahami asas ilmu akidah dan perbahasan Sifat 20 dengan lebih tersusun sebagai landasan memperkukuh pegangan keimanan.

  • ✓

    Mempelajari pendekatan praktikal untuk membantu menyampaikan ilmu akidah dengan lebih jelas dan mudah difahami oleh sasaran pembelajaran.

  • ✓

    Mendapat peluang mengasah kemahiran melalui latihan dalam kumpulan, khususnya bagi peserta yang terlibat dalam pendidikan dan dakwah.

  • ✓

    Mengemukakan persoalan berkaitan pembelajaran dan mendapatkan penjelasan sepanjang sesi yang disediakan.

  • ✓

    Membawa pulang buku modul bercetak untuk membantu ulang kaji dan rujukan selepas program.

  • ✓

    Mengaplikasikan ilmu dan pendekatan yang dipelajari dalam aktiviti pengajaran, perkongsian ilmu serta dakwah mengikut peranan masing-masing.

Tentang program ini

Ilmu akidah merupakan asas penting dalam membina kefahaman dan keyakinan seseorang Muslim terhadap Allah SWT. Justeru, Program Training of Trainers (TOT) Penghayatan Sifat 20 dianjurkan bagi memperkukuh penguasaan ilmu akidah serta meningkatkan keupayaan peserta memahami dan menyampaikan ilmu ini dengan lebih tersusun, jelas dan berkesan.

Program ini terbuka kepada para asatizah, guru agama, pendidik, pendakwah dan masyarakat umum yang ingin mendalami ilmu akidah, khususnya perbahasan Sifat 20. Melalui pendekatan pembelajaran yang merangkumi pengenalan asas akidah, pendekatan praktikal pengajaran, latihan dalam kumpulan serta sesi soal jawab, peserta berpeluang memperkukuh kefahaman dan kemahiran penyampaian ilmu.

Program ini menampilkan YM Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaludin, Ketua Unit Penyelidikan Ihya Turats, Galeri Ilmu.

Penceramah

Belajar bersama

YM Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaluddin

YM Ustaz Raja Ahmad Mukhlis Raja Jamaluddin

Pendakwah, Pakar Rujuk, Penulis

YM Ustaz Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin Al-Azhari merupakan seorang tokoh agamawan, ilmuwan Islam kontemporari, dan pakar rujuk bidang Aqidah serta Usuluddin yang disegani di Malaysia. Memiliki susur galur keturunan diraja Selangor sebagai cicit kepada Almarhum Sultan Alauddin Sulaiman Shah, beliau menggabungkan ketertiban tradisi institusi beraja dengan kedalaman ilmu syarak. Beliau merupakan pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang Usuluddin (Tafsir) dari Universiti Al-Azhar, Mesir, sebuah institusi pengajian Islam tertua dan paling berprestij di dunia. Beliau mendalami ilmu agama secara bertalaqqi di bawah bimbingan para ulama besar dunia termasuk mantan Mufti Mesir, Sheikh Dr. Ali Jumuah, serta pemikir Islam terkemuka, Prof. Diraja Tan Sri Syed Naquib Al-Attas.Sebagai seorang pendakwah yang aktif, Ustaz Raja Ahmad Mukhlis memegang portfolio penting dalam landskap dakwah tanah air. Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Kebangsaan Pertubuhan Ikatan Ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ISLAMI) dan mengasaskan Akademi Al-Ihya, sebuah institusi yang memfokuskan kepada pemantapan kefahaman Islam holistik. Selain itu, sumbangan kepakaran beliau turut diiktiraf di sektor awam dan swasta, di mana beliau pernah menggalas amanah sebagai panel isu-isu kontemporari di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan serta bertindak sebagai Penasihat Syariah bagi platform penstriman Islamik, Nurflix. Beliau dikenali dengan gaya penyampaian yang santun, analitikal, dan relevan dengan cabaran pemikiran moden melalui siri kuliah, penulisan buku, dan daurah kitab-kitab muktabar di seluruh negara.

Agenda

Aturcara program

* Tentatif, tertakluk kepada perubahan

  1. 8.00 pagi

    Pendaftaran & edaran modul

  2. 9.00 pagi

    Sesi 1

    Pengenalan & Asas Akidah

  3. 11.00 pagi

    Sesi 2

    Pendekatan Praktikal Mengajar

  4. 1.00 ptg

    Rehat

  5. 2.00 ptg

    Sesi 3

    Latihan Dalam Kumpulan

  6. 4.00 ptg

    Sesi 4

    Soal Jawab & Penutup

  7. 5.00 ptg

    Program Tamat

Lokasi

Tempat program

Bersemuka

Masjid Sultan Ahmad Shah, Bandar Jengka, Pahang

Bandar Jengka, 26400 Bandar Jengka (Bandar Tun Razak / Bandar Pusat Jengka), Pahang Darul Makmur.

Arah ke lokasi (Google Maps & Waze) diberikan dalam e-tiket selepas pendaftaran.

Tiket

Pilih tiket anda

DAFTAR PECUMA

Bersemuka
Percuma
  • Termasuk: Sarapan
  • Termasuk: Makan Tengah hari
  • Termasuk: Minum Petang
  • Termasuk: E-Sjil Penyertaan
  • Termasuk: Set Modul
Pilih tiket ini →
Bayaran selamat (FPX / kad / e-wallet) E-tiket & kod QR serta-merta

Jangan terlepas — tempat terhad

Selasa, 27 Okt 2026 · 9:00 pagi · Bersemuka

Daftar Sekarang →

Ada soalan atau perlukan bantuan mendaftar? Tanya di WhatsApp

27 Okt · Bersemuka

Percuma

Daftar →